Wednesday 17 April 2024

KHASIAT BUAH KERAS

 
Buah keras banyak digunakan sebagai bahan rempah di dalam masakan di Nusantara. Di Malaysia ia dipanggil buah keras. Manakala di Indonesia pula, dikenali sebagai buah kemiri. Buahnya berwarna krim, lembut, berminyak dan berkulit keras.
 
Ia sedikit beracun ketika mentah. Isi buah keras dapat dijadikan pembuka selera. Ditumbuk dan dicampurkan di dalam sambal, mahupun dimasak dalam pelbagai jenis masakan, terutama kari. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi..
 
Rasa dan tekstur buah keras seakan kacang macadamia. Buah keras menjadikan gulai, sambal dan masakan menjadi pekat berlemak. Ia juga membantu mengawet masakan menjadikan masakan susah basi walau pun tidak disimpan di dalam peti sejuk dan tidak dipanaskan kembali selama 2-3 hari.
 
Selain itu, buah keras juga sering dijadikan sebagai bahan dalam penghasilan kosmestik. Buah keras yang telah dihancurkan boleh dijadikan sebagai sabun dan syampu. Ia juga boleh diproses menjadi serbuk lulur.
 
Antara khasiat buah keras digunakan dalam perubatan tradisional:
- Melebatkan rambut
- Menurunkan paras kolesterol
- Merawat masalah rambut gugur
- Melegakan sakit sendi
- Menyembuhkan luka
- Melambatkan pertumbuhan uban
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Melancarkan sistem penghadaman
- Merawat masalah sembelit
- Merawat sakit gigi
- Mencegah penyakit insomnia
- Mengawal berat badan