Sunday 24 April 2016

Sikap reda halang penyakit dengki

Allah sentiasa menguji keimanan setiap daripada kita. Sesiapa yang reda dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan yang baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan di sebaliknya. 

Oleh itu tidak wajar sama sekali seseorang menunjukkan sifat dengki atas apa yang diperoleh orang lain. Anggaplah orang yang menerima kebaikan itu sebenarnya sedang diuji Allah. Sekiranya dia berada di jalan benar, pastinya Allah melimpahkan lebih banyak nikmat kepadanya. 

Allah lebih mengetahui apa yang menimpa ke atas setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa menyimpan dengki terhadap orang lain, samalah dia cuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain.

Allah berfirman bermaksud: “Adakah patut mereka dengki kepada manusia kerana kurnia yang diberikan Allah.” (Surah an-Nisa, ayat 54).

Penyebaran berita fitnah bermotif dengki adalah tindakan orang pasik. Berita palsu penuh dengan dengki, dendam dan marah dijadikan senjata melemahkan pihak yang ditentang. Sebab itu setiap orang perlu lebih berhati-hati menerima berita yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.  

Sesiapa mempercayai berita fitnah dan melakukan apa yang bertentangan dengan hak, maka kecelakaan pasti akan menimpa kemudiannya. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Rasulullah menyifatkan dengki sebagai satu penyakit. Penyakit dengki telah menyebabkan banyak umat terdahulu menerima nasib buruk. Masyarakat menjadi kucar kacir dan hanya mementingkan diri sendiri disebabkan merebaknya sifat dengki. 

Kehidupan anggota masyarakat tidak akan aman dan selamat selagi sifat dengki banyak diamalkan. Orang berdengki sanggup melakukan apa saja asalkan niatnya tercapai. Mereka membelakangi hukum Allah dan berselindung di sebalik kebaikan yang terselindung sifat munafik.

Hadis diriwayatkan Tirmizi dan Ahmad bermaksud: “Kamu telah dijangkiti penyakit umat-umat sebelum kamu, iaitu dengki dan benci. Ia laksana gunting rambut kamu. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai.”

Perasaan dengki akan menghapuskan perasaan kasih sayang dan persaudaraan.  Dengki akan menghapuskan semua sifat mulia lain. Orang yang berdengki tidak mungkin lahir dalam dirinya sifat mulia seperti amanah, kasih sayang, tolong menolong dan pekerti mulia.   

Untuk meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup ummah, sifat dengki perlu dihapuskan sama sekali. Islam mementingkan sifat tolong menolong yang membawa kepada kejayan yang lebih baik. Sekiranya ada di kalangan kita mendapat kejayaan, hendaklah membantu agar kejayaan diperoleh itu semakin baik. 

Thursday 7 April 2016

Khasiat kurma tambah tenaga seksual

Kurma dikenali sebagai buah universal yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.

Seperti mana juga buah-buahan lain, kurma mempunyai banyak jenis.

Antara jenis kurma yang terkenal ialah kurma mariami.

Buah kurma maryami juga dikenali kurma piarom atau kurma coklat. Kurma mariami salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat dan kaya khasiat.

Kurma mariami mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap kurma terbaik kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad, Iran dalam persekitaran organik dan bersih.

Kurma mariami adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. 

Kurma maryami dapat disimpan selama 18 bulan. 

Kurma mariami mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma maryami sangat baik untuk lelaki. 

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Rasulullah SAW gemar makan kurma atau mengutamakan memakan kurma berbandinga makanan lain.

Hadis riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Kurma sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.

Satu kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Khasiat kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Dapatan kajian juga menyatakan kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Di samping itu, kurma dapat menambahkan tenaga seksual.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. 

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. 

Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Pengambilan kurma sebanyak 65 gram atau lima biji sehari akan membekalkan 40mg kalium yang boleh mengurangkan 40% risiko serangan penyakit strok.

Kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.


Dengki sifat tercela


Dengki adalah sifat keji dan tercela. Islam menegah keras umatnya berdengki. Banyak keburukan lahir akibat dengki yang boleh melemahkan perpaduan ummah.   

Banyak ayat al-Quran dan hadis menjelaskan tentang keburukan akibat dengki. Dengki adalah satu niat untuk mencari jalan atau tindakan untuk menghilangkan kekayaan, kedudukan, kejayaan dan kebaikan yang diperoleh oleh orang lain. 

Dengki biasanya timbul daripada perasaan dendam, cemburu, marah, benci dan niat jahat. Dengki adalah sifat iblis. Akibat sifat dengki yang menguasai iblis telah mengubah daripada beriman kepada durhaka kepada Allah. 

Iblis menyimpan perasaan dengki terhadap Adam yang dipilih Allah menjadi khalifah di muka bumi.  Iblis dan seluruh keturunan syaitan termasuk golongan laknat disebabkan sifat dengki.

Jelas sekali betapa buruknya kesan dengki. Sesiapa terdapat dalam dirinya sifat dengki, dia mudah dipengaruhi syaitan. Syaitan berusaha menyesatkan manusia sepertimana dia menjadi sasat.  

Allah memberi peringatan kepada manusia tentang niat syaitan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya.”  (Surah an-Nisa, ayat 60).

Dengki tergolong dosa besar. Sifat itu bukan sekadar menambah dosa, tetapi juga mengurangkan himpunan pahala. Orang mengamalkan sifat dengki akan mengalami muflis di akhirat apabila kebaikan yang diperoleh melalui amalan lain binasa dek kerana sifat dengki. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dengki itu memakan (membinasakan) kebajikan (pahala), sebagaimana api memakan (membakar) kayu yang kering.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perbuatan dengki dilakukan pelbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk. Perbuatan itu boleh berlaku melalui penyebaran fitnah, cacian dan umpatan. Sifat dengki mungkin juga dilakukan secara tindakan fizikal seperti memukul dan membunuh.

Pembunuhan pertama sesama manusia berpunca perasaan dengki. Peristiwa itu melibatkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri. Kisah tersebut dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah, ayat 27 bermaksud: “....Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!.”

Api kemarahan dan dengki Qabil tidak dapat dikawal sehingga sanggup membunuh Habil. Sejarah itu menjadi panduan syaitan mencari kelemahan manusia dan menggunakan sepenuhnya untuk merosakkan manusia. 

Allah sentiasa menguji keimanan setiap daripada kita. Sesiapa yang reda dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan yang baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan di sebaliknya. 

Monday 4 April 2016

Minyak wangi One Drop Perfume

One Drop Perfume adalah minyak wangi tanpa alkohol yang paling diminati ramai.

Menariknya, setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa. 

Beli satu set dapat lapan botol. Bau wangian yang tahan lama. 

Guna tanpa ragu-ragu. Harga murah tetapi berkualiti. 

SET NOMBOR 1 WANITA
- No.1 Diilhamkan oleh Escape, Calvin Klein
- No.2 Diilhamkan oleh 5th Avenue, Elizabeth Arden
- No.3 Diilhamkan oleh Pleasure, Estee Lauder
- No.4 Diilhamkan oleh Jennifer Lopez
- No.5 Diilhamkan oleh For Her, Narciso Rodriquez
- No.6 Diilhamkan oleh Baby Doll, Yves Saint Lauren
- No.7 Diilhamkan oleh Cool Water for Women, Davidoff
- No.8 Diilhamkan oleh Apple Blossom, Body Shop

SET NOMBOR  2 WANITA  
- No 1 Diilhamkan oleh Tresor, Lancome
- No 2 Diilhamkan oleh Envy, Gucci
- No 3 Diilhamkan oleh Heaven, One Drop Perfumes
- No 4 Diilhamkan oleh Eternity for Women, Calvin Klien
- No 5 Diilhamkan oleh Gloria, Cacharel
- No 6 Diilhamkan oleh Miracle, Lancome
- No 7 Diilhamkan oleh J’adore, Dior
- No 8 Diilhamkan oleh Intense, Hugo Boss

SET NOMBOR 3 WANITA   
- No 1 Diilhamkan oleh Lovely, Sarah Jessica Parker
- No 2 Diilhamkan oleh Be Delicious, DKNY
- No 3 Diilhamkan oleh Light Blue, Dolce & Gabbana
- No 4 Diilhamkan oleh Vanilla Musk, Coty
- No 5 Diilhamkan oleh Sunflower, Elizabeth Arden
- No 6 Diilhamkan oleh Women Boss, Hugo Boss
- No 7 Diilhamkan oleh Palace, Paris Hilton
- No 8 Diilhamkan oleh Poeme, Lancome

SET NOMBOR 4 WANITA   
- No 1 Diilhamkan oleh Coco Mademoiselle, Chanel
- No 2 Diilhamkan oleh Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
- No 3 Diilhamkan oleh Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
- No 4 Diilhamkan oleh Baby Jesz, One Drop Perfumes
- No 5 Diilhamkan oleh Gold, Amouage
- No 6 Diilhamkan oleh Montana “Parfum de Peau”, Montana
- No 7 Diilhamkan oleh Yohji, Yohji Yamamoto
- No 8 Diilhamkan oleh Amarige, Givenchy

SET NOMBOR 1 LELAKI   
- No 1 Diilhamkan oleh Black, Bvlgari
- No 2 Diilhamkan oleh Blue Jeans, Versace
- No 3 Diilhamkan oleh CK One, Calvin Klein
- No 4 Diilhamkan oleh Eternity, Calvin Klein
- No 5 Diilhamkan oleh Polo Sport, Ralph Lauren
- No 6 Diilhamkan oleh Acqua di Gio, Giorgio Armani
- No 7 Diilhamkan oleh Issey Miyaki, Issey Miyaki
- No 8 Diilhamkan oleh Hugo Men, Hugo Boss

SET NOMBOR 2 LELAKI   
- No 1 Diilhamkan oleh Boss Signature, Hugo Boss
- No 2 Diilhamkan oleh Echo, Davidoff
- No 3 Diilhamkan oleh Tuscany per Uomo, Aramis
- No 4 Diilhamkan oleh Cool Water, Davidoff
- No 5 Diilhamkan oleh Drakkar Noir, Guy Laroche
- No 6 Diilhamkan oleh Allure Pour Homme, Chanel
- No 7 Diilhamkan oleh Le Male, J.P. Gaultier
- No 8 Diilhamkan oleh Pleasures for Men, Estee Lauder

SET NOMBOR 3 LELAKI
- No 1 Diilhamkan oleh Desire, Dunhill
- No 2 Diilhamkan oleh Hugo XY, Hugo Boss
- No 3 Diilhamkan oleh True Star, Christian Dior
- No 4 Diilhamkan oleh Miracle Homme, L’Aquatonic
- No 5 Diilhamkan oleh White Musk for Men, Body Shop
- No 6 Diilhamkan oleh Diamonds for Men, Emporio Armani
- No 7 Diilhamkan oleh Sculpture, Nikos
- No 8 Diilhamkan oleh Epiphany, One Drop Perfumes

Friday 1 April 2016

Tawas putihkan bawah ketiak

Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal yang mudah larut dalam air ini terkenal sebagai bahan yang mampu menghilangkan masalah bau badan secara alami.

Tawas bentuk semulajadi dalam keadaan bongkah atau ketul. Bagaimanpun ada yang telah memprosesnya menjadi serbuk untuk memudahkan kegunaannya.

Tawas ketul dan tawas serbuk hanya berbeza pada bentuk.

Antara kegunaan tawas ialah;
- Untuk mengatasi masalah bau badan, terutama bawah ketiak.
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gata di bahagian badan.
- Antibakteria.

Penggunaan tawas bukannya terus kerkesan 100 peratus. Kalau hendak mencerah kulit bawah ketiak dan melembutnya, perlu mengambil masa. Ia perlu diguna secara berterusan.

Namun tidak sukar untuk diamalkan. Niat untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit bawah ketiak sebenar dilakukan bersama-sama tujuan untuk mengatasi masalah bau ketiak dan badan yang tidak menyenangkan.

Begitu juga untuk mengurangkan bulu ketiak, dapat dilakukan untuk tujuan menghilangkan bau badan, menghaluskan dan memutihkan bawah ketiak dan menghapuskan bakteria.

Jadi, ia memberi kesan berganda untuk pelbagai tujuan.

Cara penggunaan:

Tawas ketul digunakan dengan cara membersihkan kawasan yang ingin ‘dirawat’ atau membasahkan. Sebab itu, sesuai diamalkan selepas mandi. Tidak perlu lapkan kawasan yang ingin disapukan tawas. Basahkan tawas dan terus disapukan kepada bahagian berkenaan. Biarpun ia kering dengan sendiri.

Tawas sebuk digunakan dengan cara mencampurkan sedikit air. Ambil cair yang dicampurkan tawas serbuk yang telah larut itu dan disapu pada bahagian berkenaan. Biarkan ia kering dengan sendiri.

Satu lagi cara menggunakan tawas serbuk ialah dengan terus disapukan kepada bahagian berkenaan seperti cara menggunakan bedak talkum. Elok jika bahagian berkenaan dibasahkan sedikit. Jika dalam keadaan badan atau ketika berpeluh, boleh terus disapukan tawas serbuk itu.