Untuk
meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup ummah, sifat dengki perlu dihapuskan
sama sekali. Islam mementingkan sifat
tolong menolong yang membawa kepada kejayan yang lebih baik.
Sekiranya
ada di kalangan kita mendapat kejayaan, hendaklah membantu agar kejayaan
diperoleh itu semakin baik.
Kejayaan
yang diperoleh seseorang lain lambat laun manfaatnya dapat dinikmati orang lain
juga. Hidup kita saling berkait yang
memberi kesan kepada orang lain. Sebab
itu, jika antara kita mendapat kejayaan
bolehlah dianggap kejayaan kita semua.
Sebenarnya
ramai orang sedar keburukan dengki. Tetapi disebabkan kurang keimanan di dalam diri, syaitan mudah
mempengaruhi agar mudah menyimpan perasaan dengki dan dendam.
Penyakit dengki telah menyebabkan banyak umat
terdahulu menerima nasib buruk. Masyarakat menjadi kucar kacir dan hanya
mementingkan diri sendiri disebabkan merebaknya sifat dengki.
Menurut
Imam al-Ghazali, dengki adalah hasil daripada kesan dendam yang tercela. Bagi sifat dengki ini ada pelbagai cabangnya
yang terkeji pula, sehingga tidak terhitung banyaknya.
Sebab
itu orang berdengki akan menzahirkan melalui perbuatan mencaci, mencarut,
dusta, fitnah, tuduhan melulu, tidak mengaku kelemahan sendiri dan meletakkan
kesalahan ke atas pihak lain.
Perbuatan
dengki dilakukan pelbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan
buruk. Perbuatan itu boleh berlaku
melalui penyebaran fitnah, cacian dan umpatan. Sifat dengki mungkin juga dilakukan secara tindakan fizikal seperti
memukul dan membunuh.
Pembunuhan
pertama sesama manusia berpunca perasaan dengki. Peristiwa itu melibatkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut
pasangan untuk dijadikan isteri. Kisah
tersebut dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah, ayat 27 bermaksud:
“....Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!.”
Api
kemarahan dan dengki Qabil tidak dapat dikawal sehingga sanggup membunuh
Habil. Sejarah itu menjadi panduan
syaitan mencari kelemahan manusia dan menggunakan sepenuhnya untuk merosakkan
manusia.
Syaitan
menjadikan dengki sebagai azimat paling berkesan melaga-lagakan manusia agar
sentiasa bermusuh-musuhan dan melakukan khianat di muka bumi, sekaligus ingkar
kepada perintah Allah.
Hati
orang berdengki mudah mati hatinya. Hati
yang mati tidak lagi dapat melihat kebaikan di sekelilingnya. Semakin banyak sifat dengki diamalkan,
semakin keras hatinya daripada menerima cahaya kebenaran.
No comments:
Post a Comment