Thursday 14 December 2017

Ditegah kerjasama dengan bukan Islam

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al-Maaidah, ayat 51)

Ada beberapa riwayat berkaitan sebab turun ayat ini. Riwayat pertama mengisahkan ayat ini diturunkan pada saat Ubadah bin Samit dan Abdullah bin Ubay bin Salul sedang bertengkar. Mereka berdebat siapa yang lebih layak dijadikan tempat berlindung.

Ubadah berkata, "Saya memiliki banyak 'awliya' iaitu teman rapat dalam kalangan orang Yahudi, jumlah mereka ramai dan pengaruhnya besar. Tetapi saya melepaskan diri daripada mereka dan mengikuti Allah SWT dan rasul-Nya. Tiada pelindung bagi saya, kecuali Allah dan Rasul-Nya."

Manakala Abdullah bin Ubay berkata, "Saya memilih untuk berlindung dengan Yahudi kerana saya takut ditimpa musibah. Untuk menghindarinya saya perlu bergabung dengan mereka."

Dalam riwayat berbeza, ayat ini diturunkan ketika terjadi serangan hebat terhadap satu kumpulan dalam perang Uhud. Mereka takut apabila orang kafir menyeksa mereka.

Berkata salah seorang mereka, "Saya bergabung dengan orang Yahudi dan menjadikan mereka sebagai tempat berlindung, kerana saya khuatir orang Yahudi menyeksa saya. Sementara seorang lagi berkata, "Saya bergabung dengan orang Nasrani dari Syam dan menjadikannya pelindung."

Daripada dua riwayat itu dapat diperhatikan ayat ini turun pada saat konflik umat Islam dengan orang kafir sedang meruncing.

Dalam situasi konflik seperti itu, berpihak pada kelompok musuh dianggap sebagai pengkhianatan dan merosakkan penyatuan umat Islam.

Bahkan orang yang bersekutu dengan musuh sudah dianggap menjadi sebahagian daripada mereka.

No comments:

Post a Comment